Apakah yang dimaksudkan dengan ALERGI RHINITIS? Untuk pengetahuan anda ALERGI RHINITIS juga dikenali sebagai DEMAM ALERGI ataupun HAY FEVER. Ia di kenali sedemikian buat pertama kalinya diperincikan oleh seorang doktor berbangsa Inggeris, JOHN BOSTOCK, pada tahun 1819. ALERGI RHINITIS merupakan alahan hidung yang disebabkan oleh debunga, habuk, cendawan makanan ( seperti udang, ketam dan sotong ), hama, tungau dan bulu haiwan peliharaan ( seperti kucing ). Penyebab ini digelar “ ALERGEN “. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara membuatkan seseorang itu terdedah kepada risiko ALERGI RHINITIS.
Reaksi ALERGI RHINITIS terdapat dalam dua fasa iaitu IMMEDIATE PHASE ALLERGIC REACTION yang bermaksud pesakit akan mengalami demam ini selepas 1 jam terkena alergen. Fasa kedua pula ialah LATE PHASE ALLERGIC REACTION iaitu ia akan berlaku antara 2 hingga 4 jam selepas terkena alergen dan biasanya demam ini akan berlarutan hingga lebih 24 jam.
Kenali gejala ALERGI RHINITIS
Terdapat 5 gejala yang berkait rapat dengan ALERFI RHINITIS. Pertama adalah pesakit akan kerap terbersin tidak mengira waktu dan terutamanya apabila berada di tempat terbuka, berhabuk, dan berdebu. Pessakit juga akan mengalami gatal di hidung, tekak, telinga dan lelangit. Malah hidung pesakit juga akan berair dan tersumbat. Selain itu, pesakit juga akan mengalami batuk yang berpanjangan.
Segera dapatkan rawatan!!!!
Agar demam tidak berpanjangan, pesakit disarankan untuk segera mendapatkan rawatan dari doktor. Hai ini disebabkan perkara ini untuk memastikan pesakit bukan terkena jangkitan demam denggi atau yang mempunyai simpton – simpton seumpamanya. Jika anda mengalami simpton seperti suhu badan meningkat, sakit telinga, kelenjar di leher bengkak dan keluar lelehan yang pekat atau berwarna kuning dari hidung, segeralah berjumpa dengan doktor agar perkara ini tidak berlarutan. Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ALERGI RHINITIS :
Anthihistamin :
HIATAMIN adalah sebatian penyebab banyak daripada tindak balas alahan yang berlaku terhadap badan kita. Salah satu daripadanya adalah rasa mengantuk. Terdapat juga ubat ANTIHISTAMIN generasi terbaru yang tidak ataupun kurang mengandungi bahan sedative atau bahan yang boleh mengantuk.
Dekongestan :
Boleh membantu menghentikan hidung tersumbat seketika, ia mengecutkan saluran darah di bahagian hidung dan selalunya tidak menimbulkan rasa mengantuk. Perlu diambil dalam jangka masa yang pendek sahaja iaitu tidak lebih 7 hari.
Amalkan penjagaan diri yang sempurna:
1. Gunakan larutan saline untuk membasuh hidung serta menghilangkan alahan di bahagian atas saluran pernafasan dengan mencuci semua bahan – bahan perengsa yang terdapat dalam hidung.
2. Dapatkan tidur yang secukupnya
3. Jika berada di luar pada hari yang berangin, pastikan memakai cermin mata hitam ( melindungi mata daripada bahan alergen ).
4. Jauhkan diri daripada haiwan berbulu seperti kucing.
5. Jangan merokok dan jauhi orang yang sedang menghisap rokok.
6. Jauhi kawasan yang berasap, berhabuk dan berdebu. Pakai topeng penutup hidung jika perlu.
7. Elak daripada menggunakan bantal yang boleh menyebabkan alahan dan seeloknya gunakan bantal yang diperbuat daripada bahan sintetik.
8. Jika mata anda gatal, merah dan menjengkelkan, basuhkan mata anda dengan air yang sejuk dan bersih untuk melegakannya.


0 comments:
Post a Comment