Maria takluk dunia digital..

Maria takluk dunia digital..
Pelancaran semula laman web kumpul 3.9 juta peminat

Bintang tenis, MARIA SHARAPOVA kini bersedia untuk menakluki dunia digital dengan pelancaran semula laman webnya, mariasharapova.com. MARIA yang menjadi tumpuan dunia dalam media sosial & dunia fesyen kini mengumpul 3.9 juta peminat di Facebook ( mengatasi gabungan peminat Venus & Serena Williams, Ana Ivanovic serta Caroline Wozniacki ) malah bekerjasama dengan Cole Haan, Nike & Tag Heuer. MARIA sering mengemaskini laman webnya dimana secara puratanya menerima 185,000 pengunjung dalam sebulan malah pernah mencapai kemuncak dengan lebih daripada 380,000 pengunjung.
“ Saya mula melihat trend luar biasa ini berkembang di internet, dari rangkaian sosial ke pusat pengurusan perniagaan, semuanya dilakukan dalam talian,” kata MARIA. “ Saya mahu mencipta laman yang boleh dimasuki oleh peminat saya & mudah dilayari. Kini apabila pengguna memasuki laman web saya, segala yang ingin disaksikan oleh mereka berada di depan mata mereka.”

Laman web berkenaan yang memaparkan mengenai MARIA dalam & luar gelanggang pada awalnya dilancarkan tahun 2008 sebagai medan untuk peminatnya berhubung antara satu sama lain & mengikuti perkembangan dunia tenis itu.
“ kami mahu ia menjadi sesuatu yang kuat & berkuasa, juga jika dinilai dari perspektif rekaan kerana saya benar sukakan warna & kami cuba menterjemahkannya dengan memasukkan gambar berwarna-warni, “ katanya mengenai tugasnya dalam rekaan semula laman webnya dengan agensi interaktif digital, Lightmaker.
Seiring dengan mesej berkenaan, imej utama yang menyambut ketibaan pengunjung ialah gambar daripada sesi fotografi NIKE tahun ini. MARIA menyertai NIKE sedekad lalu dan sejak itu beliau memegang tugas penting mereka koleksi pakaiannya dalam syarikat berkenaan. MARIA juga tampil dalam pelbagai iklan cetak, televisyen & digital. MARIA ialah atlet yang menigkat baik & mempunyai hubungan rapat dengan peminatnya serata dunia. Untuk itu, peminat MARIA SHARAPOVA di Facebook meningkat dengan kadar 200,000 orang sebulan dimana pada Jun 2010 MARIA mempunyai 2 juta peminat.
                                MA-13/03/11

p/s :: owhh…bagus3..hehe..izkan salah seorang antara 2juta tue kot..hehe..dah name pon die hard fanz..hehe..pe2pon GO MARIA GO!!!!!!!!..

Model Pilihan :: BABTISTE GIABICONI - Si Keding Tawan Dunia Modeling..





Dia tidak menyangka akan menempa nama dalam dunia glamor ini. Sebelum ini dia bekerja di sebuah kilang yang mengeluarkan peralatan elektronik untuk pesawat. Pada waktu lapang, jejaka yang dilahirkan di Perancis pada tahin 1990 ini gemar mengunjungi gymnasium kerana dia memang seorang yang menjaga kesihatan & kecergasan.

Pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang ejen dari agensi modeling membuka laluan untuk BAPTISTE GIABICONI mencipta nama dalam bidang ini. Memiliki ketinggian 188sm dan berwajah komersial, BAPTISTE  ditawarkan menjadi model dibawah naungan utama MGM di Paris, BAPTISTE turut bernaung dibawah agensi DNA Models di New York, Mega Agency (Hamburg), d’management ( Milan ), Scoop ( Copenhagen ) dan Premier (London).


Sesi fotografi pertama yang dilakukannya ialah untuk iklan kempen pakaian jenama FRANKIE MORELLO. Kemudian, BAPTISTE semakin laku di pentas peragaan dan iklan komersial. Walaupun dikritik hebat oleh supermodel terkenal, NOAMI CAMPBELL yang mempersoalkan penampilan BAPTISTE di pentas fesyen kerana tubuh jejaka tersebut yang terlalu kurus. Namun kritikan itu disangkal oleh pereka fesyen terkenal KARL LEGERFELD yang berpendapat, walaupun kurus namun BAPTISTE memiliki bentuk badan atlet yang amat sesuai untuk disarung dengan pelbagai jenis pakaian. Lantas pereka fesyen jenama CHANEL dan FENDI itu telah mengambil BAPTISTE sebagai anak didiknya.


Sejak itu, BAPTISTE menjadi model pilihan utama bagi memperagakan pakaian rekaan terbaru CHANEL dan FENDI sama ada di pentas fesyen, media cetak ataupun elektonik. Walaupun menjadi model lelaki utama untuk CHANEL, namun BAPTISTE juga pernah memperagakan jenama terkenal lain seperti ARMANI dan JUST CAVALLI. Pada Januari yang lalu, BAPTISTE telah memperbaharui kontraknya bersama CHANEL dan pencapaiannya sala dunia modeling biarpun setahun jagung tetapi amat membanggakan apabila menduduki tangga pertama dalam carta Top 50 Male Models oleh www.models.com

KESIHATAN : ALERGI RHINITIS


      Apakah yang dimaksudkan dengan ALERGI RHINITIS? Untuk pengetahuan anda ALERGI RHINITIS juga dikenali sebagai DEMAM ALERGI ataupun HAY FEVER. Ia di kenali sedemikian buat pertama kalinya diperincikan oleh seorang doktor berbangsa Inggeris, JOHN BOSTOCK, pada tahun 1819. ALERGI RHINITIS merupakan alahan hidung yang disebabkan oleh debunga, habuk, cendawan makanan ( seperti udang, ketam dan sotong ), hama, tungau dan bulu haiwan peliharaan ( seperti kucing ). Penyebab ini digelar “ ALERGEN “. Cuaca yang sangat panas, kering dan berangin meningkatkan jumlah debunga di udara membuatkan seseorang itu terdedah kepada risiko ALERGI RHINITIS.
Reaksi ALERGI RHINITIS terdapat dalam dua fasa iaitu IMMEDIATE PHASE ALLERGIC REACTION yang bermaksud pesakit akan mengalami demam ini selepas 1 jam terkena alergen. Fasa kedua pula ialah LATE PHASE ALLERGIC REACTION iaitu ia akan berlaku antara 2 hingga 4 jam selepas terkena alergen dan biasanya demam ini akan berlarutan hingga lebih 24 jam. 

 
Kenali gejala ALERGI RHINITIS
Terdapat 5 gejala yang berkait rapat dengan ALERFI RHINITIS. Pertama adalah pesakit akan kerap terbersin tidak mengira waktu dan terutamanya apabila berada di tempat terbuka, berhabuk, dan berdebu. Pessakit juga akan mengalami gatal di hidung, tekak, telinga dan lelangit. Malah hidung pesakit juga akan berair dan tersumbat. Selain itu, pesakit juga akan mengalami batuk yang berpanjangan.

Segera dapatkan rawatan!!!!
Agar demam tidak berpanjangan, pesakit disarankan untuk segera mendapatkan rawatan dari doktor. Hai ini disebabkan perkara ini untuk memastikan pesakit bukan terkena jangkitan demam denggi atau yang mempunyai simpton – simpton seumpamanya. Jika anda mengalami simpton seperti suhu badan meningkat, sakit telinga, kelenjar di leher bengkak dan keluar lelehan yang pekat atau berwarna kuning dari hidung, segeralah berjumpa dengan doktor agar perkara ini tidak berlarutan. Terdapat beberapa jenis ubat yang digunakan untuk merawat penyakit ALERGI RHINITIS :

 
Anthihistamin :
HIATAMIN adalah sebatian penyebab banyak daripada tindak balas alahan yang berlaku terhadap badan kita. Salah satu daripadanya adalah rasa mengantuk. Terdapat juga ubat ANTIHISTAMIN generasi terbaru yang tidak ataupun kurang mengandungi bahan sedative atau bahan yang boleh mengantuk.
Dekongestan :
Boleh membantu menghentikan hidung tersumbat seketika, ia mengecutkan saluran darah di bahagian hidung dan selalunya tidak menimbulkan rasa mengantuk. Perlu diambil dalam jangka masa yang pendek sahaja iaitu tidak lebih 7 hari.

Amalkan penjagaan diri yang sempurna:
1.               Gunakan larutan saline untuk membasuh hidung serta menghilangkan alahan di bahagian atas saluran pernafasan dengan mencuci semua bahan – bahan perengsa yang terdapat dalam hidung.
2.               Dapatkan tidur yang secukupnya
3.               Jika berada di luar pada hari yang berangin, pastikan memakai cermin mata hitam ( melindungi mata daripada bahan alergen ).
4.               Jauhkan diri daripada haiwan berbulu seperti kucing.
5.               Jangan merokok dan jauhi orang yang sedang menghisap rokok.
6.               Jauhi kawasan yang berasap, berhabuk dan berdebu. Pakai topeng penutup hidung jika perlu.
7.               Elak daripada menggunakan bantal yang boleh menyebabkan alahan dan seeloknya gunakan bantal yang diperbuat daripada bahan sintetik.
8.               Jika mata anda gatal, merah dan menjengkelkan, basuhkan mata anda dengan air yang sejuk dan bersih untuk melegakannya.